1 / 2
2 / 2

Friday, 3 March 2017

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 TAHUN 2017 SMKA AL MASHOOR (L) DAN EDARAN BORANG CADANGAN/USUL


Kepada,

Ibu bapa/ Waris Pelajar,
SMKA Al Mashoor (L)

Tuan/ Puan

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 TAHUN 2017 SMKA AL MASHOOR (L) DAN EDARAN BORANG CADANGAN/USUL

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35, 2017 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                                TARIKH                : 04 MAC 2017
                                HARI                      : SABTU
                                MASA                    : 8.00 PAGI
                                TEMPAT                : DEWAN ASRAMA SMKA AL MASHOOR (L)

2.             Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat seperti yang dinyatakan.

3.             Bersama-sama ini disertakan Borang Cadangan/ Usul. Tuan/ Puan diharap dapat mengemukakan cadangan atau  usul untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung tersebut. Semua Cadangan/ Usul hendaklah:

                3.1           Berkaitan dengan peranan PIBG membantu sekolah dalam kebajikan dan kemajuan para pelajar .

                3.2           Menentukan supaya pelajar memperoleh faedah maksimum daripada kemudahan pelajaran.



4.             Semua usul hendaklah dikemukakan menerusi borang Cadangan/ Usul yang telah dilampirkan bersama-sama surat ini dan dikembalikan kepada guru kelas sebelum atau pada 16 Februari 2017. Pihak PIBG juga ingin memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/ waris bagi melancarkan perjalanan majlis pada hari tersebut.

5.             Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

1 comment:

  1. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    baby theme

    ReplyDelete