1 / 2
2 / 2

Friday 26 May 2017


PERASMIAN PROJEK PONDOK DHUHA 


Majlis Perasmian Pondok Dhuha ini telah diadakan pada 21 Mei 2017 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang iaitu Dato' Dr. Hj. Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya para penyumbang, guru-guru dan ibu bapa serta pihak AJK PIBG SMKA Al-Mashoor (L) yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan projek ini. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada projek ini dan mudah-mudahan Allah s.w.t menerima kebaikan hamba-hamba-Nya ini dan memberikan rahmat serta ganjaran kepada semua pihak yang menyumbang dalam menjayakan projek ini.



Wednesday 5 April 2017

PROJEK PONDOK DHUHA 2017

Perkembangan projek pembinaan pondok dhuha sehingga 6 April 2017.




Mahrajan Sanawi Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Peringkat Daerah Timur Laut Tahun 2017

Tahniah kepada kumpulan nasyid sekolah dan peserta-peserta sekolah yang telah berjaya merangkul hadiah dalam Mahrajan Sanawi Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Peringkat Daerah Timur Laut Tahun 2017. Kumpulan nasyid akan mewaklili daerah ke peringkat negeri pada 22April 2017 yang akan berlangsung di SMK Gemilang.

NASYID (JOHAN)

SYARAHAN (JOHAN), TILAWAH (JOHAN) & HAFAZAN (KETIGA)

Friday 3 March 2017

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 TAHUN 2017 SMKA AL MASHOOR (L) DAN EDARAN BORANG CADANGAN/USUL


Kepada,

Ibu bapa/ Waris Pelajar,
SMKA Al Mashoor (L)

Tuan/ Puan

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 TAHUN 2017 SMKA AL MASHOOR (L) DAN EDARAN BORANG CADANGAN/USUL

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35, 2017 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                                TARIKH                : 04 MAC 2017
                                HARI                      : SABTU
                                MASA                    : 8.00 PAGI
                                TEMPAT                : DEWAN ASRAMA SMKA AL MASHOOR (L)

2.             Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat seperti yang dinyatakan.

3.             Bersama-sama ini disertakan Borang Cadangan/ Usul. Tuan/ Puan diharap dapat mengemukakan cadangan atau  usul untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung tersebut. Semua Cadangan/ Usul hendaklah:

                3.1           Berkaitan dengan peranan PIBG membantu sekolah dalam kebajikan dan kemajuan para pelajar .

                3.2           Menentukan supaya pelajar memperoleh faedah maksimum daripada kemudahan pelajaran.



4.             Semua usul hendaklah dikemukakan menerusi borang Cadangan/ Usul yang telah dilampirkan bersama-sama surat ini dan dikembalikan kepada guru kelas sebelum atau pada 16 Februari 2017. Pihak PIBG juga ingin memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/ waris bagi melancarkan perjalanan majlis pada hari tersebut.

5.             Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

LARIAN PERPADUAN DAN MERENTAS DESA DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN WESTLAND 2017


PELANCARAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DAN WATIKAH PELANTIKAN NUQABA BADAR 2017


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG, PROGRAM 3K DAN PROGRAM NILAM 2017