1 / 2
2 / 2

Friday 3 March 2017

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 TAHUN 2017 SMKA AL MASHOOR (L) DAN EDARAN BORANG CADANGAN/USUL


Kepada,

Ibu bapa/ Waris Pelajar,
SMKA Al Mashoor (L)

Tuan/ Puan

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 TAHUN 2017 SMKA AL MASHOOR (L) DAN EDARAN BORANG CADANGAN/USUL

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35, 2017 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                                TARIKH                : 04 MAC 2017
                                HARI                      : SABTU
                                MASA                    : 8.00 PAGI
                                TEMPAT                : DEWAN ASRAMA SMKA AL MASHOOR (L)

2.             Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat seperti yang dinyatakan.

3.             Bersama-sama ini disertakan Borang Cadangan/ Usul. Tuan/ Puan diharap dapat mengemukakan cadangan atau  usul untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung tersebut. Semua Cadangan/ Usul hendaklah:

                3.1           Berkaitan dengan peranan PIBG membantu sekolah dalam kebajikan dan kemajuan para pelajar .

                3.2           Menentukan supaya pelajar memperoleh faedah maksimum daripada kemudahan pelajaran.



4.             Semua usul hendaklah dikemukakan menerusi borang Cadangan/ Usul yang telah dilampirkan bersama-sama surat ini dan dikembalikan kepada guru kelas sebelum atau pada 16 Februari 2017. Pihak PIBG juga ingin memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/ waris bagi melancarkan perjalanan majlis pada hari tersebut.

5.             Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

LARIAN PERPADUAN DAN MERENTAS DESA DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN WESTLAND 2017


PELANCARAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DAN WATIKAH PELANTIKAN NUQABA BADAR 2017


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG, PROGRAM 3K DAN PROGRAM NILAM 2017