1 / 2
2 / 2

Wednesday 26 October 2016

MAKLUMAN PROGRAM BENGKEL PECUTAN AKHIR SPM BIOLOGI DAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 5 2016



Ibubapa / Waris Pelajar
SMKA Al-Mashoor(L)                                                             
10460 Air Itam
Pulau Pinang                                                                                        

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PROGRAM BENGKEL PECUTAN AKHIR SPM BIOLOGI DAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 5  2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program ini seperti butiran berikut :
                Nama Program :  PROGRAM BENGKEL PECUTAN AKHIR SPM 2016
Tarikh                   :  31 OKTOBER 2016 DAN 1 NOVEMBER 2016

Tentatif Program:
HARI
MASA
MATA PELAJARAN
ISNIN (31/10/2016)
8.00 PAGI – 4.30 PTG
BIOLOGI (DEWAN SMKA (P) AL-MASHOOR)
SELASA (1/11/2016)
9.00 PAGI – 1.00 PTG
BAHASA INGGERIS
DEWAN ASRAMA (SMKA AL-MASHOOR(L))


3.   Sehubungan itu anak tuan/puan diwajibkan hadir ke program tersebut pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar yang menetap di asrama perlu memaklumkan kepada waris masing-masing berkenaan program ini.

4.   Kerjasama pihak tuan/puan atas perkara ini sangat kami hargai.

Sekian terima kasih.

Thursday 20 October 2016

Majlis Graduasi Tingkatan 5 & 6, 2016


Semua Ibu bapa dan waris Tingkatan 5 dan 6 dijemput untuk memeriahkan Majlis Graduasi 2016, SMKA Al-Mashoor (L) Pulau Pinang. Semua pelajar dan ibu bapa/waris juga dijemput untuk sesi fotografi ditempat khas yang telah disediakan.

Wednesday 19 October 2016

Pihak sekolah sekarang sedang melakukan kutipan yuran PIBG dan asrama dari pelajar yang belum dijelaskan secara keseluruhan. Mohon kepada ibubapa agar dapat membuat pembayaran tersebut pada hari Selasa 25 Oktober 2016 di sekolah melalui guru kelas. Harap maklum.