1 / 2
2 / 2

Friday 26 May 2017


PERASMIAN PROJEK PONDOK DHUHA 


Majlis Perasmian Pondok Dhuha ini telah diadakan pada 21 Mei 2017 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang iaitu Dato' Dr. Hj. Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya para penyumbang, guru-guru dan ibu bapa serta pihak AJK PIBG SMKA Al-Mashoor (L) yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan projek ini. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada projek ini dan mudah-mudahan Allah s.w.t menerima kebaikan hamba-hamba-Nya ini dan memberikan rahmat serta ganjaran kepada semua pihak yang menyumbang dalam menjayakan projek ini.